ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 September 2023.


1. PRK Pulai: Pusat undi awal dibuka, 927 pegawai, anggota polis tunai tanggungjawab

Pentas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai membuka tirai dengan pengundian awal hari ini yang bermula pada pukul 8 pagi.



2. Dr Mahathir perlu henti kelirukan rakyat libat isu 3R - Tiong

Mana-mana pemimpin di negara ini seharusnya mencontohi sikap Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berdiam diri dan terus mendoakan kesejahteraan untuk negara ini.


2. Mohd Amar dilantik Speaker DUN Kelantan

ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dilantik sebagai Timbalan Speaker.


3. Pelumba drag Hattem Rashid maut kemalangan di litar lumba

Hattem Rashid meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa akibat kemalangan di litar lumba pada Ahad.


4. Malaysia sedia tingkatkan potensi ASEAN melalui Rangka Kerja Ekonomi MADANI - PM Anwar

Negara-negara ASEAN disaran untuk meningkatkan perdagangan serantau, yang kini hanya pada peringkat 22.3 peratus sahaja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


5. Pekerja tertimbus dalam runtuhan di tapak kuari Keramat Pulai

Seorang lelaki pekerja warga asing dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari Keramat Pulai, Simpang Pulai, di Ipoh, pada pagi Selasa.


6. Tiada bukti Samirah, dua remaja bunuh Nazrin - Peguam

Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa diberitahu bahawa, tiada bukti menunjukkan Samirah Muzaffar dan dua remaja membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.


7. Kartel padi kawal industri - Sanusi

Kartel padi didakwa sudah lama wujud dalam industri padi negara menyebabkan hasil padi dan pendapatan pesawah tidak meningkat seiring dengan peningkatan teknologi.


8. MB Kelantan pula saman ADUN Galas, Kota Lama

Selain dua ADUN pembangkang itu, Mohd Nassuruddin turut memfailkan saman terhadap Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkaitan isu tersebut.


9. Kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan, JAS aktifkan pelan tindakan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan diaktifkan susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan berada pada tahap tidak sihat.


10. Kes Zahid: Peguam Negara ada kuasa sepenuhnya - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mencampuri urusan Peguam Negara berhubung pengguguran 47 pendakwaan kes jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.